BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 01, 2009

LaWaK sAnTaI : )

KIRA BUAH

Di dalam sebuah kelas ..,

Pn Cheok : Afiq, kalau ada 6 biji buah epal ditambah 2 biji pisang , berapakah kesemuanya ?
Afiq: 8 cikgu .
Pn Cheok : Bagus. Aiman... kalau 2 biji limau ditambah 2 biji betik, berapakah jumlahnya ?
Aiman : Aiman tak tau cikgu, sebab betik ada banyak biji.
Cikgu : ??!!

ORANG

Pada suatu hari , 2 orang remaja berjalan-jalan di dalam zoo ....

Nana : Kita dah sesat ni Amy !..
Amy : Aik ! dalam zoo pun boleh sesat. Tak apalah kau tunggu sini biar aku tanya orang jap.
Nana : Amy ! Amy ! aku dah tanya orang , tapi dia tak nak jawap pun.
Amy : Agaknya dia pun sesat juga tak ?
Nana : Takkan pulak , dah bertahun-tahun dia kerja kat sini.
Amy : Mana orangnya ?
Nana : Tu... Dalam kandang yang tengah makan pisang tu .....
Amy : ):

POTONG ..,

Dalam sebuah rumah tingallah 2 orang pemuda . Pada suatu hari ...,

Haziq : Adib , kita dah lama tak bayar air , nanti kena potong kang .
Adib : Ala rileks lah ...
Haziq : Apsal lak kau tak risau . Sekali kena potong baru kita tau .
Adib : Air di potong tak akan putus .
Haziq : ???

Ditulis : Aziemah .