Sahibul hikayat pembuka cerita ,
Moga dilimpah kurnia hidayah-Nya ,
Coretan tinta berwajah manja ,
Inilah cerita guru 1 fikir ,
Datang kelas setiap hari ,
Mengajar murid serius sekali ,
Pn.Wan Suzila nama diberi ,
Merangkap guru kelas kami ,
Kelas yang riuh menjadi sepi ,
Masuk pula Sir Hafiz ,
Takde sorang pelajar yang berani ,
Sebab sir guru disiplin ,
Mari-mari menampi padi ,
Padi ditampi siapa yang punya ,
Cik Aida cool dan steady ,
Encik Syukri lawak orangnya ,
Puan Suzi pendiam orangnya ,
Mengajar pen.kesihatan di kelas kami ,
Puan Cheok mengajar sejarah ,
Masuk kelas tu sampai nak hilang suara ,
Duduk termenung di tepi jeti ,
Cuba memancing ikan kelisa ,
Pn.Zarina mudah disenangi,
Lemah lembut berbudi bahasa ,
Bertanggungjawab lagi dedikasi ,
Menjalankan tugas sepenuh hati ,
Pn.Sathie nama diberi ,
Satu-satunya guru berbangsa india mengajar kami ,
Lemah lembut gemalai gayanya ,
Mudah mesra dengan semua orang ,
Pn.Mazlina manis orangnya ,
Tapi awas ! dia dah berpunya ,
Datang sekolah berjalan kaki ,
Orangnya peramah lagi baik hati ,
Siapa tak kenal Cik Norazilawati ,
Kalau buat kerja mesti nak teliti ,
Pn.Siti Aula tegas sekali ,
Pn.Madiha pula guru pendiam ,
Guru kami ramai yang jelita ,
Baca seloka ini janganlah geram ,
Setakat ini kami berhenti ,
Tangan dah penat idea dah mati ,
Kalau ada yang berkecil hati ,
Jangan simpan di dalam hati ,
Direka & ditulis oleh azimah
Saturday, September 05, 2009
Seloka Guru 1 Fikir