kelas yang tadi bising kerana ketiadaan guru , kini kembali tenang dan senyap sunyi . pendek kata , bunyi detik jam pun boleh dikira . semuanya kerana guru yang paling ditakuti oleh pelajar telah masuk ke kelas . untuk mengetahui betapa gerun dan gentarnya perasaan pelajar di kelas itu , ikutilah pembelajaran-pengajaran cikgu ini .
pelajar-pelajar : selamat pagi , cikgu
cikgu s : (marah) mengapa selamat pagi ? petang dan malam awak doakan saya tak selamatkah ?
pelajar-pelajar : selamat pagi , petang dan malam cikgu.....
cikgu s : panjang sangat , tak pernah dibuat orang . ucap selamat sejahtera bukankah senang dan bermakna ?
pelajar-pelajar : selamat sejahtera , cikgu
cikgu s : ha , bagus . duduk semua ! dengar sini semua , hari ini saya nak uji kamu semua perkataan berlawan . bila saya sebut perkataannya , kamu jawab dengan pantas faham ?
pelajar-pelajar : faham cikgu
cikgu s : pelajaran saya hari ini hendaklah berjalan dengan lancar dan pantas faham ?
pelajar-pelajar : faham cikgu
cikgu s : gemuk
pelajar-pelajar : kurus
cikgu s : jauh
pelajar-pelajar : dekat
cikgu s : lurus
pelajar-pelajar : bengkok
cikgu s : canggih
pelajar-pelajar : moden
cikgu s : (diam sebentar)......salah tu !
pelajar-pelajar : betul tu !
cikgu s : bodoh !
pelajar-pelajar : pandai
cikgu s : hei , rosaklah budak² ni
pelajar-pelajar : hei , baiklah budak² ni
cikgu s : rotan baru tahu
pelajar-pelajar : akar lama tak tahu
cikgu s : kamu semua ditahan
pelajar-pelajar : kami semua dibebaskan !
cikgu s : (senyap dan geram , kemudian mengambil buku lalu keluar kelas !)
semua pelajar terpinga-pinga . bagaimanapun , para pelajar berasa bangga kerana berjaya menjawab semua soalan yang telah diajukan .
ditaip oleh : syuhada